Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberikan kekuatan untuk memasak pada hari ini demi untuk keluarga. Weekend lepas suami request untuk makan nasi minyak dan daging kurma. Terus check bahan-bahan dalam peti, alhamdulillah semua ada.Cuma untuk acar mntak encik suami belikan. Resipi nasi minyak dan daging kurma ini adalah resepi dari emak Ummi versi Terengganu.Maklumlah kami memang asal dari sana.Biasanya masakan ini kami akan masak terutama pd hari Raya Aidilfitri/Aidiladha. Bila masak nasi minyak ni memang wangi semerbak satu rumah…Jom kita tengok resipi untuk nasi minyak ini.
Bahan-bahan:
4 cawan beras biasa/ Basmati
1 setengah sudu besar planta/marjerin
Bawang besar 2 labu – hiris
2-3 sudu besar minyak – untuk tumis
3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
Halia – potong2
2 helai daun pandan – simpulkan
Sos tomato 6 sudu
Susu cair 3/4 cawan
Sedikit pewarna – untuk colorkan nasi
Cara2:
Panaskan minyak dan planta. Masukkan 3 sekawan dan seterusnya bawang yang telah dihiris sehingga wangi.
Beras yang telah dibasuh ditoskan dahulu.Kemudian masukkan bahan yang telah ditumis.Masukkan susu cair, sos tomato, daun pandan, halia dan juga garam.Masukkan air secukupnya dan kacau rata.
Masakkan dengan rice cooker. Apabila nasi telah didih bolehlah di kacau sekejap dan pewarna boleh diletakkan selepas nasi sudah masak dan kacau.
Nasi minyak ini biasanya Ummi akan makan bersama kuah daging kurma atau kuah merah, jelatah dan juga ayam goreng. Terpulang pada citarasa masing-masing. Untuk resipi kuah daging kurma dan kuah merah, Ummi akan postkan resipi tersebut pada post akan datang.
Selamat mencuba.