Jom hari ni kita kongsi resipi daging masak kurma pulak. Kebetulan pergi ke pasar tani weekend lepas untuk beli barang-barang basah. Nampak ada daging terus beli.Lagipun dah lama tak masak daging lepas Raya Haji aritu. So beli la 1kg daging batang pinang untuk masak kurma. Walaupun agak mahal tapi bahagian daging ni sedap sket laaa compare yang part lain. Jom tengok untuk resipi ini. Yang lain nya resipi in itidak menggunakan santan tp rase nya sedap.
Bahan-bahan:
Daging 1kg – Basuh daging dan hiris tebal.Kemudian rendamkan bersama air asam jawa.
3 biji kentang
4/5 sudu besar rempah kurma Faiza
2 helai daun pandan – disimpulkan
Rempah 4 sekawan (b.lawang, pelaga, kayu manis dan cengkih) – untuk menumis
1/2 sudu kerisik
Sedikit susu pekat – untuk bagi nampak kuah sedikit putih
1/2 sudu sos tomato
Bahan untuk Blend:
1@2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam buah badam – rendamkan dan buang kulit
Untuk tumis:
6/7 ulas bawang merah – hiris
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan goreng bahan untuk tumis sehingga menjadi bawang goreng. Angkat dan toskan.
- Gunakan minyak bawang goreng tadi dan tumis rempah 4 sekawan. Kemudian letakkan daun pandan.
- Selepas itu masukkan bahan blender. Bahan blender ini tidak perlu ditapis. terus masukkan.
- Setelah naik bau masukkan gula, garam dan rempah kurma.
- Masukkan daging untuk empukkan daging. Perlahankan api. Kemudian baru masukkan air dan kentang.
- Setelah daging sudah empuk, masukkan susu pekat, sos tomato, serbuk perasa dan kerisik. kacau dan masak sehingga kuah nampak pekat.
Kuah Kurma ini sedap juga dimakan bersama roti. Selamat mencuba.