Assalamualaikum semua..Hari ni terasa nak makan ikan celup tepung..Layan menu ni petang-petang camni memang syok..Lagipun sekarang KL/Selangor macam musim hujan. Ummi beli ikan-ikan ini di pejabat ummi.Setiap hari Rabu wakil persatuan nelayan akan turun untuk menjual ikan. Alhamdulillah agak senang untuk dapatkan ikan terutamanya untuk orang macam ummi yang agak susah nak ke pasar borong…Untuk ikan celup tepung biasanya ummi akan gunakan ikan sardin atau kembong. Jom kita tengok resepi ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor ikan sardin/kembong – bersihkan ikan dan tos
3 cwn tepung beras
Air kapur
1 biji telur – pkul telur dahulu sebelum dimasukkan dalam bancuhan
Sedikit serbuk kunyit
Kelapa parut – Sekiranya tiada boleh gantikan dengan tepung jagung
Cara-Cara:
Caranya mudah sahaja. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas. Campurkan air dan kacau hingga sebati. Jangan terlalu cair bancuhan ini. Tambahkan tepung beras/kelapa parut sekiranya bancuhan cair. Kalau celup guna jari tengok adunan itu melekat kira ok laa tu.Bancuhan dah siap boleh lah siap untuk di goreng.
Panaskan minyak dan celupkan ikan dengan bancuhan td. Selepas ikan masak angkat dan alaskan dengan paper tissue. Resipi ini juga boleh digunakan untuk menggoreng pisang atau keledek.
Selamat mencuba.