Kari Ikan Jenahak

Sebelum balik dari kerja Ummi dah terpikir-pikir apa yang nak di masak untuk makan malam. Apabila teringatkan ikan jenahak yang ummi telah beli semalam maka ummi rasa jenahak sedap untuk masak kari. jadi sebelum sampai rumah ummi beli dahulu bahan-bahan untuk memasak kari ikan jenahak. Resipi kari ikan jenahak ini ummi pelajari daripada salah satu resipi daripada blog masakan tetapi ummi ada mengolah mengikut kesusaian rasa ummi sekeluarga. Jom tengok resipi…

Bahan-bahan:

1kg ikan jenahak – dipotong dan dibersihkan

4/5 sudu rempah kari ikan Adabi/Babas

3 sudu besar cili lumat/mesin

1 biji bawang besar

6- ulas bawang merah -dihiris

3-4 ulas bawang putih-dihiris

1 setengah inci hali -dihiris halus

1 sudu besar halba campur (biji sawi,jintan putih dan halba)

100ml santan

Daun kari

Air asam jawa

Bahan rampai:

Bendi, Cili hijau, Tomato (belah dua), Terung (optional)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis dahulu halia dan bawang yang telah dihiris.
  2. Masukkan halba campur dan daun kari.
  3. Bila bawang nampak perang dan naik bau masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan cili.
  4. Kecilkan api sehingga nampak garing.Masukkan gula.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Kemudian masukkan santan dan air. Perasakan dengan garam dan bahan perasa sekiranya perlu.
  7. Setelah didih, masukkan ikan dan cili hijau.
  8. Kemudian masukkan bahan rampai yang lain. Biarkan mendidih seketika dan tutup api.

Selamat mencuba.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s