Semalam ummi teringin sangat nak makan beras pulut bersama ikan panggang. Jadi petangnya ummi beli siap2 bahan-bahan untuk dimasak pagi esoknya.Pulut kelapa ini adalah makanan traditional negeri asal ummi. Pulut kelapa ini sedap di makan di waktu pagi atau petang.Biasanya pulut kelapa ini dimakan bersama ikan panggang dan boleh digantikan dengan keropok atau ikan masin. Resipi ini sangat mudah dan ringkas sahaja. Jom ummi kongsikan resipi ini.
Bahan-Bahan:
3 pot beras pulut – Rendam terlebih dahulu selama 15 min. Kemudian basuh dan toskan
Daun pandan – disimpulkan
Air, garam dan gula
Kelapa parut – amik yang putih sahaja tanpa kerak
Ikan sardin – bersihkan dan dikelar
Cara-Cara:
- Masukkan beras pulut yang telah direndam dan ditoskan ke dalam periuk nasi (rice cooker).
- Masukkan air, daun pandan, garam dan gula. Pastikan sukatan air adalah melebihi sedikit sahaja dari paras beras tersebut dan masak seperti biasa. Ummi menggunakan periuk high pressure ‘Noxxa’.Maka ummi hanya setkan kepada 5 minit sahaja.
- Untuk kelapa parut, hanya tambahkan dengan gula dan garam.Kelapa ini akan ditaburkan di atas pulut nasi.
- Ikan sardin hanya panggang seperti biasa.
- Setelah pulut dah masak, taburkan kelapa parut tersebut di atas nasi.Bolehlah dimakan bersama ikan yang telah dipanggang.
Selamat mencuba resipi pantai timur ini.