Semalam ummi mencuba resipi ayam ala nandos yang diberikan oleh kawan. Bahan-bahan pun mudah didapati dan kos nya jauh lebih murah berbanding makan di Nandos..Ummi memasak ayam ini menggunakan periuk Noxxa.Maklumlah periuk ini serba guna dan agak mahal..So kita gunakan betul2..Jom tengok resipi nyer.
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong 4 – bersihkan
2 sudu besar balck pepper kisar- terpulang pada citarasa pedas masing2
1/2 biji lemon
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 sudu thyme herb
1 sudu paprika
1 sudu rosemary herb
3 sudu madu
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
4 sudu olive oil
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Bawang dan halia di kisarkan. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan dan perap sekurangnya 1 jam.Masukkan ayam ke dalam periuk noxxa dan High Pressure (HP) selama 7 minit. Kemudian stir Fry sehingga ayam kering sedikit. Potongkan ayam dan sedia dihidang bersama sos nandos dan sides yang lain.
Selamat mencuba.
One Reply to “Ayam ala Nandos”