Biskut TAM

Agak lama dah tak update blog..Kali ini ummi nk share resipi biskut TAM..Ni penangan tengok citer Tuan Anas Mikael (TAM)..Ummi dapat resipi ni dari kawan facebook jugak..Resipi ini mudah nak buat dan sedap ala-ala biskut oat kracker yang ade jual kt supermarket tu..Jom layan..

Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 cawan gula perang
1 biji telur
3 cawan oat – kisarkan
1 cawan kismis/choc chip – option nak letak bahan apa lagi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh emplex – Boleh didapati di kedai bakeri untuk merangupkan biskut
1 sudu teh esen vanilla
Garam

Cara-cara:

  1. Campurkan dan mixkan butter dan gula hingga berkrim dan tidak perlu sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacaukan setakat sebati sahaja.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dan ramaskan sedikit sehingga sebati. Jangan diuli kerana biskut akan jadi liat dan keras.
  4. Amik sudu dan bulatkan kemudian leperkan sedikit. Terpulang pada size yang suka.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu.Bakar oven pada suhu 170c selama lebih kurang 20min atau hingga perang mengikut oven masing-masing. Guna fungsi kipas jika ada untuk masak yang lebih sekata dan rangup.

Setelah masak sejukkan di atas redai besi. Ini bagi memastikan biskut menjadi lebih rangup. Setelah sejuk baru simpan ke dalam bekas kedap.

Selamat mencuba.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s