Amboiii omputeh gitu menu kali ni…Kali ini ummi tak sempat nk snap gambar utk bahan-bahan ni..dah nk abis baru sempat snap..Resepi macaroni daging ini boleh jugak menggunakan ayam. Ni ummi guna sebab lebihan dari resepi disini. Boleh gunakan macaroni atau bowtie spageti..Resepi ni ummi tak gunakan chilli flakes sebab anak2 ummi kecil lagi..Jom layan…
Bahan-bahan:
Macaroni/Bowtie – rebus dan toskan
Daging/Ayam kisar – blh juga gunakan ayam mentah potong kecil2
1 biji bawang besar – potong dadu
2/3 ulas bawang putih – hiriskan
cendawan butang – potong nipis
capsicum – hiris nipis@potong dadu
2-3 sudu Serbuk oregano
lobak – ummi sagat halus
minyak olive oil
garam secukup rasa
Cara-cara:
- Rebuskan air dalam periuk dan campurkan sedikit minyak dan garam. Setelah didih masukkan macaroni hingga lembut. Ummi gunakan periuk noxxa dan high pressure selama 3 minit.
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Setelah itu masukkan daging/ayam hingga masak.
- Masukkan cendawan dan serbuk oregano. Kemudian masukkan capsicum dan lobak seterusnya macaroni.Masukkkan garam.
- Kacau hingga rata.Sekiranya nampak kering tambahkan minyak zaitun.
