Semalam ummi lambat sampai ke rumah disebabkan hujan melimpahh..Bila dah hujan maklum laa jalan pun licin..Sampai rumah pun dah nak 630 petang…So ummi rasa nak masak yang cepat jek..Teringat ade 1 bungkus mee kuning dan bahan nk guna pun senang la banyak sangat…Lagipun menu ini sangat mudah untuk disediakan. Sesuai sapa yang nak cepat dan sukakan mee. Resipi mee rebus ni resipi dari mak ummi cuma nya ummi x masukkan cili padi dan kurangkan sedikit serbuk pepper sebab anak2 ummi masih kecil…
Bahan-bahan:
1 peket mee kuning – ummi celurkan dulu
4-5 ulas bawang merah – hiriskan
3 ulas bawang putih- hiriskan
Isi ayam – dipotong kecil
Fishball/fishcake
3/4 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
Sayur – sawi/lobak/daun saderi/bunga kubis
Air,garam,gula dan sedikit perasa
Telur
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam periuk.Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan sedikit serbuk pepper dan isi ayam yang telah dipotong.
- Kemudian masukkan air,garam,gula,serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah itu masukkan sayur2(sawi,lobak,bunga kubis dll), kemudian masukkan mee. Biasanya ummi akan celurkan dulu mee tersebut dan masak sekejap.
- Selepas itu masukkan telur dan tunggu hingga masak dan tutup api.
- Bolehla dihidangkan dan makan bersama keropok keping👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻