OK, hari ni ummi nak share resipi masak lemak sotong atau biasa kami panggil gulai sotong..Lagipun dah lama rasanya tak pekena masakan ini..Lauk ini sangat senang untuk di masak kerana di masak sekaligus.Jom layan resipi ni..
Bahan2:
Sotong saiz besar 4/5 ekor – cuci dan potong 2/3 bahagian
Bawang merah 4/5 ulas – hiris
Bawang putih 3 ulas – hiris
Halia – hiris
2 batang serai – ketukkan
Santan Ā – Ummi beli dari kedai just ngam tak pekat dan x cair
Halba
Garam, gula dan bahan perasa
Cara2:
- Sotong yang dipotong dicucikan dahulu kemudian masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan kesemua bawang-bawang dan halia yang telah dihiris, serai.
- Kemudian masukkan santan dan halba. Selepas itu masukkan terus garam, gula dan bahan perasa mengikut kesesuaian.
- Kacaukan sehingga mendidih dan dah siapppp untuk di makan.Senangkan…
Selamat mencuba.