Semalam ummi berbuka dengan ketam masak blackpepper. Lepas ni kene puasa seafood ketam lama sket..hehehhe. Alhamdulillah ummi dapat beli 3 ekor ketam di pejabat kelmarin. Cukup untuk kami berdua, anak2 x boleh nak makan pun lagi lauk ketam nih..So ummi masak ala blackpepper je memandangkan sambal sardin semalam masih ada.
Bahan2:
ekor ketam – bersihkan dan potong dua. Rendam dengan asam limau
3/4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih – blendkan
garam, gula dan serbuk perasa
sos blackpepper
Sos cili dan tomato
Sedikit sos tiram
2/3 sudu cili merah
Cara2:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang yang telah diblend. Tumiskan cili merah sehingga garing. Kemudian masukkan gula. Masukkan sos tomato, cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air.
Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Tidak lupa sos blackpepper. Selepas mendidih masukkan ketam dan biarkan meresap dan mendidih.
Boleh masukkan daun bawang dan tomato mengikut citarasa masing-masing.