Puding Roti dan Sos Kastard

Puding Roti Sedap
Puding Roti Sedap

Weekend lepas Ummi masakkan puding roti untuk di bawa ke rumah mak ayah untuk berbuka bersama adik beradik dan keluarga. Alhamdulillah semua suka lagi-lagi budak2 sbb ummi ada letakkan choc chips. Jadinya menjadi tarikan diorg nak makan..Ummi sharekan resipi puding roti ni.

Bahan2:
Roti – Ummi gunakan butterscotch roti. Potong empat dan potong dua
2 sudu mentega/marjerin – cairkan
1/2 sudu serbuk kayu manis
1/2 sudu perasa vanilla
4 biji telur – cucikan
3/4 cawan gula – ummi hanya guna 1/2 cawan
600ml susu fresh/fullcream milk
option:
choc chips – ummi gunakan semi sweet
kismis
badam hiris

Cara2:

Panaskan dahulu oven.
1)Masukkan susu, telur, gula, serbuk kayu manis, perasa vanilla ke dalam blender.Blendkan semua sekali.
2)Sapukan bekas adunan dengan marjerin/mentega. Kemudian susnkan roti ke dalam bekas adunan.
3)letakkan mentega di atas roti dan tuang bahan yang telah diblend perlahan-lahan. Kemudian masukkan choc chip/kismis/badam sebagai topping atau boleh diselang seli ketika menyusun roti.
4)Masukkan ke dalam oven selama 40-45 min pada suhu 180 celcius.

Sos Kastard:
1 tin susu cair
1@ 1setengah sudu tepung kastard
Perasa vanilla

Masukkan semua bahan di dalam periuk dan panaskan di atas dapur. Kacau supaya tidak melekat. Dah nampak sedikit pekat tuang ke dalam bekas lain dan sejukkan. Masukkan ke dalam peti.

Selepas puding roti dah masak ummi akan sejukkan dahulu kemudian baru masukkan ke dalam peti. Kami suka makan selepas sudah disejukkan terlebih dahulu.Ummi lupa nak captured gambar sos kastard..Selamat mencuba, Insya Allah sedappp…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s