Assalamualaikum..dah lama betul ummi tak update blog ni dek kerana kesibukan di opis..Ok,kali ni ummi nak share resipi asam pedas melaka..Resipi ni ummi belajar dari kakak ipar..Kebetulan ade stok ikan siakap..jadi ummi pun terus beli bahan2 sampingan untuk asam pedas nih..
Jom tengok resipi….
Bahan2:
1 ekor ikan siakap – potong dan cuci.Rendam dengan asam limau
Sedikit daun limau purut
5/6 ulas Bawang merah dan 3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Cili giling/boh – 5/6 sudu(ikut kepedasan masing2)
Gula,garam dan perasa
Bendi dan tomato -option
1) Kisarkan bawang dan kunyit.Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar.
2) Setelah itu masukkan cili dan biarkan sehingga cili nampak garing..Kemudian masukkan gula dan daun kunyit.Boleh masukkan tomato yang dihiris kecil.
3) Masukkan air,garam dan serbuk perasa. Selepas mendidih lama masukkan ikan..Biarkan mendidih seketika..Bolehlah masukkan tomato dan bendi..Bendi boleh di celur dahulu.Ikut citarasa masing2.
4) Bolehlah di hidang dan di makan bersama nasi panas,ikan masin atau telur dadar..
Selamat mencuba!!!