Salam Aidil Adha ummi ucapkan untuk semua..Alhamdulillah berkesempatan untuk berpuasa Sunat Arafah..Okay,untuk hidangan di pagi raya haji kali ni,ummi hanya menyediakan rendang ayam,ketupat dan nasi goreng..Di sini ummi kongsikan resepi untuk rendang ayam.Jom layan..
Bahan2:
2 ekor ayam – cuci dan toskan
Santan pekat 1kg
Bawang merah 1kg
Bawang besar 2/3 biji
Bawang putih 10 ulas
Lengkuas
Halia
Kunyit hidup
Kerisik
Buah keras – 5-10 biji
Serai 3 batang – hiris kecil
2 batang – ketukkan
Daun kunyit
Daun limau purut
Garam dan gula
Cili padi – optional
Cili giling – untuk menumis
Rempah sekawan
Cara2:
- Blenderkan bawang merah,besar,putih,halia,lengkuas,kunyit hidup,buah keras dan serai dihiris.
- Panaskan kuali besar dan minyak untuk menumis. Tumis rempah sekawan.
- Masukkan cili dan tumis hingga garing.masukkan serai,daun limau purut.
- Masukkan ayam dan santan dan sedikit air bergantung pada kepekatan santan. Kacaukan. Masukkan gula dan garam serta bahan perasa.
- Kecilkan api dan kacau sekali sekali agar tidak berkerak.
- Sekiranya terlalu lama keluarkan ayam agar ayam tidak hancur. Masukkan daun kunyit yg dihiris kasar atau halus.
- Setelah air rendang sudah nampak pekat masukkan semula ayam dan kacau.
- Dah kering tutup api dan biarkan sejuk.Siappp