Alhamdulilah hari ni hujan dari pagi smpai laaa skrg..time-time cmni sedap dapat makan sup2 ni..teringat hari tu ummi ade beli mee wantan sbb anak2 suka sngat dgn mee..So ummi decide nk masak mee wantan sup bersama nugget..ptutnyer dgn wantan goreng/sup tp sbb bahan xde..so ummi ganti je dengan nugget..Jom tengok resipinyer.
Bahan2:
Mee wantan – celurkan bersama garam dan sedikit minyak
Bawang merah 5/6 ulas – blendkn
Bawang putih 3 ulas
Rempah sekawan- bunga lawang,kayu manis dan pelaga
Ayam – potong kecil utk menumis
Fishball – option
Daun sup/daun bawang – hiriskan
Kiub ayam
Garam dan gula
Kicap dan minyak bijan
Cara2:
- Tumiskan rempah sekawan. Setelah naik bau masukkan ayam dan kiub.
- Masukkan air dan fish ball. Kemudian masukkan gula dan garam.
- Biarkan mendidih seketika dan option boleh masukkan trus daun sup/bawang.
- Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama mee wantan. Boleh juga dimakan dengan cili potong bagi yang sukakan pedas.
- Untuk mee pula,selepas dicelur letakkan sedikit kicap dan minyak bijan dan gaulkan..
Ni untuk anak2 😄