Nasi Lemak Terengganu

Alhamdulillah akhirnya ummi dapat juga membuat entri untuk resepi nasi lemak Terengganu setelah sekian lama kawan2 minta. Beza nasi lemak terengganu dengan nasi lemak biasa adalah ianya menggunakan ikan tongkol. Kalau kat terengganu tu sinonim nasi lemak mesti dengan lauk ikan. Nak masak kuah untuk resepi ni agak lama kerana memerlukan kuah dimasak lama sedikit di atas dapur sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Bahan2 sampingan lain sama sahaja seperti timun, ikan bilis, kacang dan sayur terpulang pada citarasa masing2. Jom ummi kongsikn resepi kuah nasi lemak terengganu daripada emak ummi sendiri. Kali ini ummi gunakan 2 ekor ikan tongkol kerana ummi masak lebih untuk rakan2 di pejabat. Jadi portion nya agak besar sedikit.

Bahan2:

2 ekor ikan tongkol – hiris dan cucikan.(Masukkan garam, asam keping dan air)

Bawang merah – 1 kg

Bawang besar 3 labu

Bawang putih 8-10 ulas

Belacan 1 sdb – option banyak mana nak letak

Cili giling/cili blender

Halia – 4-5 inci

Daun pandan 2-3 helai – simpulkan

Gula melaka – 1/2 atau 3/4

Air asam jawa

Gula, garam dan serbuk perisa

Untuk ikan:

Rebuskan dahulu ikan tongkol bersama garam, asam keping dan sedikit air sehingga mendidih. Biarkan dahulu.

Untuk kuah ikan:

  1. Blend kesemua bawang, halia dan belacan sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis lada sehingga garing. Masukkan gula dan daun pandan.
  3. Masukkan bahan blend dan kacau.
  4. Bila dah nampak kering, masukkan air asam jawa dan masukkan air banyak.
  5. Masukkan gula melaka, garam bersama bahan perisa.
  6. Apabila mendidih, perlahankan api dan kacaukan. Waktu ni akan mengambil masa yang lama untuk nak bagi kuah jadi pekat. So, kenalah mereneh lama di atas dapur.
  7. Bila kuah dah nampak sedikit pekat boleh masukkan ikan yang telah direbus tadi. Biarkan seketika bagi ikan ngam dengan kuah. Baru boleh ditutup api. Biasa nya bila kering kuah akan jadi pekat macam dalam gambar.

Untuk nasi lemak:

Santan 1 kg

Beras 2kg – dlm 7 pot beras yang biasa tu

Daun pandan 2-3 helai- simpulkan

Halia – potong kasar

Serai – 2 batang ketukkan

Halba – 1 sudu kecil

Gula dan garam

Cara2:

  1. Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan mengikut pot beras. Ummi gunakan 7 pot beras jadi santan kene 7 3/4 pot.
  3. Masukkan daun pandan, halba, halia, gula dan garam.
  4. Tekan suis dan tekan. Waktu nasi mendidih boleh buka penutup dan kacau sekejap. Tutup semula penutup dan tunggu sehingga masak.
  5. Dah masak buka penutup dan kacaukan dahulu nasi bagi sebati. Waktu ni akan nampak macam nasi belum masak. Jangan panik, later dia akan masak. Biarkan seketika.

Untuk lain2 bahan sampingan:

ikan bilis – goreng

kacang tanah – goreng

timun

sayur kangkung – celurkan

telur – rebus atau goreng

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s