Malam tadi ummi hanya mengenakan menu ringkas kerana siang td lunch agak lewat kerana ada perkara yang perlu dilakukan bersama keluarga. Ummi teringat ade beli salmon semalam dan salmon ni kena makan cepat utk rasa freshnya..Ummi hanya grillkan salmon tersebut dengan sayur. Jom ummi kongsikan resepinya.
Bahan2:
Salmon – cucikan
Serbuk lada hitam
Garam
Sesame seeds
3 sdb sos tiram
Lemon
Garam
1 biji Bawang besar – potong dadu
Sayur:
Kacang buncis
Tomato cherry
Carrot – hiris
Cara2:
- Lumurkan salmon dengan serbuk lada hitam dan garam. Grillkan di atas pan.Terbalikkan ikan sehingga dah masak.
- Gunakan kuali yang sama dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang dan masukkan sos tiram,sayur,sesame seeds dan garam..goreng sehingga nampak sayur dah masak.
- Bolehla dihidang bersama nasi putih.
Lebihan ikan dan sayur ummi tapaukan untuk di bawa ke tempat kerja.