Semalam ummi agak kelaut sket sebab migrain menyerang..huhuhu.ujian dari Allah.Dari pagi di pejabat tak dapat nak buat kerja.Alhamdulillah nasib ummi dapat beli actifast di kafe,at least dapat legakan sedikit sakit tu..Selepas ambil anak2 di rumah pengasuh,ummi beli sedikit barang2 basah nak masak utk makan malam. Kali ni ummi nak kongsikan resipi sayur goreng bendi.Bendi amat bagus dimakan dan semua tahu akan khasiatnya..Jom,resipi yang amat mudah.
Bahan2:
Bendi – hiris serong
Bawang besar – potong dadu
Capcisum hiris – option
Lobak – hiris atau potong bulat
Cili merah – option
3 sudu sos tiram
Garam
1 biji telur – pukulkan
Cara2:
- Panaskan sedikit minyak di atas kuali. Masukkan bawang.
- Dah nampak layu masukkan sos tiram,bendi,lobak,capsicum dan garam.
- Kacau seketika dan masukkan telur. Teruskan kacau sehingga nampak sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
One Reply to “Sayur Goreng Bendi”