Sambal Sotong Petai

Hari ni ummi hanya nak tambah sedikit lauk memandangkan lauk masak tumis air masih ada lagi..Resipinya boleh tengok di sini. Pagi tadi ummi sempat beli sedikit petai selepas breakfast di kedai. Ummi nak masak sotong sambal petai kerana bahan2 ada di rumah.Jom tengok resepinya.

Bahan2:

Sotong – cuci dan potong ikut kehendak size

Petai – kopekkan dan belah 2

Bawang kecil – 6 ulas

1 labu bawang besar

Bawang putih – 3 ulas

Cili boh

Air asam jawa

Garam dan gula

Sedikit serbuk perasa

Bawang labu sebelah- hiriskan

Cili hidup – hiriskan

Cara2:

  1. Blendkan semua bawang merah,besar dan putih.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan blender. Tumiskan seketika.
  3. Masukkan cili boh sehingga garing.Masukkan gula.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau.
  5. Masukkan air dan garam.kemudian masukkan sotong dan petai.
  6. Bila nampak nak kering masukkan bawang dan cili yg dihiris.
  7. Rasakan dan tutup api.Siap untuk dihidangkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s