Salam semua..Alhamdulillah, pagi tadi ummi sempat menyiapkan sarapan pagi iaitu keow teow goreng untuk keluarga.Bahan-bahan ummi dah siap sediakan malam tadi. So bangun pagi senang just masukkan aje dalam kuali. Jom tengok resipinya:
Bahan2:
1 pack keow teow- bilas dengan air dan toskan
Isi ayam – potong kecil
Udang – buangkan kepala
Fish ball/sosej – option
5 ulas Bawang kecil
3 ulas Bawang putih
Cili boh 3 sudu – ikut pedas masing2
2 sudu Sos tiram/sos soya
2 sudu sos tomato
Garam dan gula
Sedikit Serbuk perisa
Daun kucai
Taugeh
1 biji telur – option if nak masukkan
Cara2:
- Hiriskan bawang putih dan merah. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
- Masukkan cili dan masak hingga garing.
- Masukkan gula.Kemudian masukkan fishball,ayam,sosej dan udang.
- Tambah sedikit air. Masukkan sos tiram/soya,sos tomato,garam dan perisa.
- Masukkan keow teow,taugeh dan kucai. Masukkan telur di tengah2 dan kacau seketika.
- Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
l