Scone Rangup dan Sedap

Assalamualaikum semua. Sorry sebab dah lama bercuti dari menulis blog. Maklumla kesibukan bekerja dan bercuti baru-baru ini. Hari tu bercuti di Cameron Highlands seronok dapat makan scone dan minum teh di waktu sejuk dingin di sana. Kawan ummi yang stay sana bgtau yang scone ni macam cekodok jek di sana..hehehe.Apabila teringatkan moment tu ummi terasa nak makan scone lagi. Tambahan pula kami ada juga membeli jem strawberi. Resepi ini pun ummi dapat dari bloggers, Jom layan resepinya.

Bahan-bahan:

350g tepung naik sendiri – boleh guna tepung gandum biasa.

90g mentega salted – dipotong kiub (biarkan dahulu dari peti)

4 sudu gula pasir

180ml full cream milk

1 sudu teh perasa vanilla

1 sudu teh lemon

1 biji telur- dipukul untuk berus atas scone

*2 teh sudu serbuk penaik (bagi yang gunakan tepung gandum)

 

Cara-cara:

  1. Hangatkan dulu susu dalam ketuhar atau dapur. Bagi hangat sket jek jangan smpai didih. Kemudian tambahkan lemon jus dan perisa vanilla ke dalam susu.
  2. Panaskan oven dan panaskan ke suhu 220.
  3. Tuangkan tepung ke dalam bekas adunan.
  4. Masukkan mentega yang telah dipotong kiub. Gentelkan mentega dengan tepung sehingga jadi macam breadcrumbs.
  5. Kemudian masukkan gula. Masukkan campuran susu tadi ke dalam bekas adunan.
  6. Ulikan campuran sehingga menjadi doh. Boleh gunakan pemotong pastri atau pisau.
  7. Taburkan sedikit tepung sebelum menguli doh. Perlahan-lahan uli doh tersebut, jangan sampai terlalu kuat menguli takut akan jadi keras pulak.
  8. Leperkan doh menjadi setebal 3-4 inci. tekapkan dengan pemotong bulat dalam 5-6cm. Tapi ummi tekapkan dengan cawan sebab penekap tak jumpa.
  9. Beruskan permukaan scone tadi dengan telur.
  10. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit atau sehingga kekuningan.
  11. Siap untuk di makan bersama jem strawberi dan cream atau mentega.

 

IMG_4707.jpg

IMG_4708.jpg

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s