Salam semua..sori sebab blog dah lama menyepi dek kerana kerja hakiki bertimbun2..maklumlaa kerja makan gaji camni laaa 😄…Kali ni ummi nak upload menu simple dahulu untuk kasi warm up dlu blog ni..Semalam ummi masak ayam goreng krispy bersama tomyam cendawan enoki..Alhamdulillah anak2 pun suka wlau menu simple je..
Untuk ayam goreng,ummi gunakan tepung Bestari yang mudah didapati di kedai runcit atau di pasaraya besar..
Bahan2:
1/2 ayam – potong kecil dan cuci
Tepung bestari
Kunyit serbuk dan sedikit garam
Cara2:
1. Perapkan dahulu ayam bersama tepung bestari.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tunggu hingga panas.
3. Kemudian,celupkan ayam yang telah diperap tadi td dengan tepung bestari sekali lagi dan terus masukkan ke dalam kuali..
4. Goreng sehingga masak.Angkat dan tos menggunakan tisu dapur.
😍😍😍Nampak tak kerangupan ayam nih 🤤🤤🤤
2 Replies to “Ayam Goreng Krispy”