Udang Masak Merah

Salam semua..Alhamdulillah akhirnya kita telah pun abis musim berkempen dan mengundi.Akhirnya kerajaan baru telah mengambil alih kerajaan setelah sekian lama kita ditadbir oleh kerajaan yang telah banyak songlap duit rakyat.Semoga ada banyak sinar dan perubahan positif dengan kerajaan baru ini..ok2,kita tinggalkan dulu bab kerajaan ni.

Kali ni ummi nak kongsikan resepi udang masak merah.Simple menu dan senang dimasak..ok jom layan.

Bahan2:

Udang saiz besar – buangkan kepala dan cuci

Bawang merah 5 ulas

Bawang putih 3 ulas

Bawang besar 1 labu

Cili kisar/giling 5 sudu

Garam dan gula

1 kiub maggi

Pes asam jawa 1 sudu

Bawang besar – hiriskan

Cili merah/hijau – hiriskan (optional)

Sos tomato dan sos tiram – 2/3 sudu

Tomato – belahkan (optional)

Cara2:

  1. Blendkan semua bawang merah,putih,besar. Boleh cmpurkan sedikit belacan jika suka.
  2. Tumiskan sedikit minyak dalam kuali.Gorengkan sekejap udang bersama hirisan bawang.
  3. Angkat udang. Tumiskan minyak dan bahan blender. Kemudian masukkan cili.Tunggu sehingga garing.
  4. Masukkan gula dan pes asam jawa.Masukkan air dan biarkan seketika.Masukkan sedikit garam, kiub,sos tomato dan sos tiram. Jika suka masukkan sedikit ajinomoto.
  5. Tunggu sehingga kuah nampak sedikit pekat dan masukkan udang.
  6. Kacau dan biarkan sebati dan tutup api.

Selamat mencuba 😘

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s