Sempena dah memasuki bulan Ramadhan,ummi telah siapkan siap2 ikan bilis tumis untuk dibuat hidangan sampingan untuk sahur dan juga berbuka..Sangat mudah dan simple.
Bahan2:
Ikan bilis dikopek – cuci dan toskan
Bawang l labu – potong kiub
Cili padi – ikut masing2 selera
Kicap 2-3 sudu
Cara2:
- Panaskan minyak dan goreng bilis sehingga garing.
- Angkat dan sejukkan dahulu.
- Tumiskan bawang dengan minyak. Lepas tu masukkan cili padi. Boleh masukkan kicap sebagai penambah perisa. Biarkan sejuk dahulu.
- Gaulkan ikan bilis ke dalam bahan penumis dan siap untuk disimpan sebagai stok.