Salam Ramadhan..hari ini ummi nak kongsikan resipi berbuka ummi semalam iaitu siakap masak asam pedas. Jom tengok resipi..
Bahan2:
1 ekor Ikan siakap – potong 3/4(rendamkan dengan air asam limau)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 2 ulas
Sedikit kunyit hidup
Daun limau purut
Tomato – hiris nipis
Pes air asam
Cili merah/giling 4-5 sudu
Gula,garam dan serbuk perisa
Tomato – belah 4/6
Potato – hiris * option
Bendi – option
Cara2:
- Blendkan bawang merah,putih dan kunyit sehingga lumat.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili sehingga garing.
- Masukkan bahan blender dan tomato yg dihiris nipis dan juga daun limau purut.
- Masukkan gula,garam dan serbuk perisa.
- Masukkan air dan biarkan kuah mendidih sedikit lama.
- Setelah itu masukkan ikan dan tnggu mendidih.Masukkan tomato yang telah dibelah.
Siap untuk dimakan bersama sayur goreng (resepi disini) dan cendawan krispy seperti menu diSini.
One Reply to “Asam Pedas Siakap”