Salam semua.Entri ini ummi nak kongsikan resepi sayur goreng mamak iaitu menggunakan kubis. Hidangan ini ummi sekalikan dengan resepi siakap asam pedas seperti menu disini. Resepi sayur goreng ini sangatla mudah. Jom ummi kongsikan.
Bahan2:
Kubis – hiris nipis
Daun kucai – potong kecil
Biji sawi – 2 sudu
Bawang putih – hiriskan
Garam dan perisa
Sedikit serbuk kunyit
Cili merah – hiriskn * option
Cara2:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan kubis,daun kucai dan biji sawi. Kemudian masukkan garam dan bahan perisa.
- Kacau sehingga sayur masak dan boleh siap dihidangkan.
One Reply to “Sayur Kubis Mamak”