Assalamualaikum semua..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61..Ni pun ummi baru je lepas tengok sambutan di TV sahaja.Teringat time kecil2 dulu seronok dapat pergi tengok live sambutan merdeka..Okla, dah abis tengok ni anak-anak rasa lapar. Jadinya ummi plan buat spageti jelaaa sebab cepat dan mudah,Lagipun barang2 semua dah ada.Jom ummi sharekan ikut cara ummi…
Bahan-bahan:
Spageti – rebuskan
Bawang holland – potong dadu
3 ulas bawang putih
5 sudu olive oil
4/5 sudu sos pesto
2 sk black pepper
Udang – buang kepala dan kulit/ boleh juga digantikan dengan hirisan ayam
2 biji tomato – potong dadu
Cendawan butang- hiriskan (option)
Sosej – hiriskan (option)
Serbuk Perasa – Kiub Maggie
Cara-Cara:
- Panaskan air dan letakkan sedikit garam dan minyak. Setelah medidih masukkan spageti sehingga lembut dan toskan.
- Tumiskan minyak olive bersama bawang putih dan bawang holland. Masukkan sos pesto, tomato,cendawan,sosej. Masukkan garam dan sedikit gula dan juga kiub perasa.
- Masukkan udang dan kacau sehingga masak.
- Masukkan spageti dan kacau sehingga sebati. Sekiranya nampak kering boleh masukkan sedikit minyak olive.
- Siap untuk dihidang.